MDD | Mitos Pemakanan untuk Pesakit Kanser MDA WEBINAR SERIES

Recorded Webinar
Will be available soon

Profil Penceramah

Puan Norsuhaila Binti Sha'ari
Pegawai Dietetik (SME)
Hospital Kuala Lumpur

Norsuhaila Binti Sha’ari berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Dietetik) dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 dan 10 tahun selepas itu, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pemakanan Klinikal di universiti yang sama. Bekas penuntut Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka ini memulakan karier sebagai Detitian di Kampong Baru Medical Centre, Kuala Lumpur pada tahun 2003 dan kemudian bertugas sebagai Tutor Dietetik Klinikal di Universiti Putra Malaysia dan Assistant Lecturer in Dietetics di International Islamic University Malaysia, Kuantan, Pahang.
Pn Norsuhaila memulakan tugas sebagai Pegawai Dietetik di Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada tahun 2005, seterusnya Hospital Ampang, Selangor & kini telah 8 tahun berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Berbekal pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang Dietetik dan separuh daripadanya mengkhusus kepada bidang Dietetik Onkologi dan Hematologi, maka pada tahun 2019, beliau telah diiktiraf sebagai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) dalam bidang Dietetik Onkologi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika itu.
Beliau terlibat secara aktif dalam penyelidikan berkaitan onkologi seperti “From Guideline To Clinical Practice : Adherence Audit Towards Implementation of High Protein Diet Prescription For Head and Neck Cancer Patients Admitted to Institute of Radiotherapy and Oncology, Hospital Kuala Lumpur”, Nutritional Status and Traditional and Complementary Medicine (T&CM) usage among Cancer Patients in Ministry of Health Hospitals Malaysia: A descriptive study, “The Impact of Artificial Intelligence Dietary Smartphone Application on Nutritional Status among Cancer Patients, Nutritional Screening in Oncology Patients at Hospital Kuala Lumpur : If Not Now Then When? dan dilantik Hospital Research & Review Committee Hospital Kuala Lumpur.
Antara pencapaian terkini adalah Tempat Pertama, Pembentangan Poster bagi tajuk Nutritional Screening in Oncology Patients : If Not Now Then When? di 26th Malaysian Dietitians’ Association Virtual Conference 2021 dan Tempat Ketiga : Pembentangan Poster bertajuk Traditional and complementary medicine usage among cancer patients in Ministry of Health hospitals : A descriptive study di 9th Selangor Research Conference 2022 anjuran Clinical Research Centre Selangor, Clinical Research Malaysia & Taylor’s University dan kajian tersebut telah diterbitkan dalam The Medical Journal of Malaysia, September 2022, Volume : 77, Supplement : 3 -Tajuk : Traditional & Complementary Medicine (T&CM) Usage Among Cancer Patients in Ministry of Health, Malaysia : A descriptive study. Beliau juga dijemput untuk menyampaikan pembentangan oral saintifik Projek Khas SME sempena Pelancaran Bulan Profesion Kesihatan Bersekutu dengan tajuk Nutritional status & Traditional and complementary medicine usage among cancer patients in Ministry of Health hospitals: A descriptive study oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.
Beliau juga aktif menyampaikan ceramah berkaitan diet & kanser di organisasi luar seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Sains, Teknologi dan Invosi (MOSTI) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta berkongsi tentang aspek pengurusan diet terkini bagi pesakit kanser dengan Pegawai Dietetik seluruh Malaysia. Paling terbaru adalah Panel Forum Kesedaran Diet Kanser “Kanser Pembunuh Senyap” anjuran Politeknik Port Dickson bersama Pegawai Diettik Institut Kanser Negara & Dietitian National Cancer Society of Malaysia. Pn Norsuhaila juga aktif menghasilkan infografik di Instagram ‘dieteticworld’ bagi topik kanser pangkal rahim, kanser prostat, kanser payu dara & kanser leher dan kepala. Beliau juga telah dijemput oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Penilai Buku Dietitians’ Quick Guide Adult Medical Nutrition Therapy 1st Edition 2021.
Antara sumbangan lain adalah hasil penulisan artikel “Pengurusan diet kanak-kanak talasemia” di portal myhealth KKM telah dijadikan bahan akademik dan diteritkan di dalam buku teks Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia dan artikel “Malnutrition & Cancer” telah diterbitkan dalam CRC HKL E- Newsletter 2020. Paling terkini adalah penghasilkan Kertas Kerja Cadangan : Pusat Sokongan Dietetik Onkologi (DOSC) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.